Sunday, May 9, 2010

BERBALOI!!

a special dedication for someone special....

bismillahi ar rahman ar rahim..

Apabila diri didatangi kepayahan dan keperitan, maka bergembiralah! Bergembiralah kerana beruntungnya diri ini!

Beruntung tatkala Allah menjanjikan keuntungan kepada orang-orang yang bersabar apabila diuji,
wa basshiri as soobirin!
dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar... al baqarah:155


Bersabar bererti, redha dengan apa yang mendatangimu, dan yakin bahawa ada hikmah disebaliknya, dan tetap meneruskan ibadah dalam kepatuhan kepada Tuhan mu, memohon pertolongan dan penunjuk-Nya..

Bersabar hasilnya,
-diri mu menjadi insan yang redha kepada qadar Allah (maka lengkaplah keenam-enam rukun iman mu!)
-dan dirimu menjadi insan yang yakin dengan apa yang ditetapkan Allah (perkara yang ditetapkan Dia yg menciptakan dirimu, yg mengetahui segalanya tentang dirimu sedang diri sendiri pun tidak tahu dirinya!)
-dan kamulah orang paling tenang sekali kerana masa-masamu menjadi sibuk dan penuh dengan mengingati Allah! ( bukankah hanya dengan mengingati Allah hatimu menjadi tenang? Ar Ra'd:28)
lantas, kamulah orang yang paling menjauhi kemungkaran kerana takutkan Allah! (Jauh dari mungkar, jauh dari neraka!)

-dan yang paling besar sekali hasilnya: 'mereka itulah orang yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk' Al Baqarah: 157.

Apalah yang lebih best dari rahmat dan keberkatan yang sempurna dari Allah! Rahmat yang membawa kepada kebahagian hakiki di kehidupan abadi, Jannatul Firdaus!

Best, sedap, tapi....ada bayarannya!! Ada harga yang perlu dibayar! Jual beli!

Jangan terkejut dengan harga yang perlu dibayar! Apa yang nak dihairankan dengan harga yang mahal tu? Hasil pertukarannya pun lumayan. Satu hasil yang mana seorang manusia itu meluangkan sepanjang hayatnya hanya untuk mendapatkan hasil itu! Dan dia dibiarkan hidup oleh Tuhannya pun dengan tujuan untuk bekerja mendapatkan hasil tu....

Patut pun mahal.....memang lumayan! Berbaloi!

Sebab itulah Allah directly beritahu kepada kita harganya, supaya kita always get ready, tidak suprised! Directly, Dia bagi tahu yang kehidupan kita ni 'hidup' atas ujian-ujian dan cabaran-cabaran, atau bahasa mudahnya: selagi hidup, selagi itulah ada ujian.

"Dan SUNGUH, akan Kami berikan cubaan kepada kamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar" al baqarah: 155

" Dan sesungguhnya, Kami BENAR-BENAR akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan BERSABAR di antara kamu..." surah Muhammad:31

Kedua-dua ayat di atas datang dalam bentuk penegasan @tawkid, bahkan double-penegasan! Didatangkan nun at tawkid, ath thaqilah pulak tu! bukan al khafifah.

Hasilnya....

"Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka dengan syurga dan pakaian sutera, di dalamnya mereka duduk santai di atas singgahsana, mereka tidak merasakan panas terik matahari dan tidak pula dingin bersangatan......" Dan banyak lagi, lihat Al Insaan: 12-22.

Masa itu, kita rehat, rileks.....berbaloi dengan susah payah kita kat dunia tempoh hari!!

The same apply to mujahidin, yang berjihad dengan harta dan jiwa di jalan Allah.

Nak kenyataan rasmi tentang contract jual beli ni?
Bukak As- Saff: 10-11.



Moga bersabar dan selamat berjihad!! (dibaca: SELAMAT BEKERJA!!)

Sunday, April 4, 2010

insya Allah... kita lah muslimah itu!

Bismillah...

sempena program Wikipedia 2010 anjuran PPMAJ baru-baru ni, sebagai bahan pengisian program, bertungkus lumus lah aku mengarang secebis karangan yang tak seberapa... (sanafurah menulis..heh)

Konsepnya adalah sama dengan tema program: Muslimah Cemerlang, Pemangkin Ummah Gemilang..
Teorinya adalah menyingkap semula sejarah wanita muslimah dahulu kala yang banyak boleh dijadikan pengajaran dan suntikan untuk mentarbiyyah diri...

A GLIMPSE OF THE GLORIOUS MUSLIMAH

MUSLIMAH DI SEKELILING IBRAHIM

Diriwayatkan dalam hadith Sahih Bukhari, Rasulullah s.a.w mengisahkan tentang perkara-perkara yang Nabi Ibrahim berbohong mengenainya, salah satunya adalah ketika beliau melawat Mesir. (Hadith riwayat Abu Hurairah. Fathul Baari juzuk 6 hadith nom. 3358)

Ketika Ibrahim menziarahi Mesir bersama isterinya Sarah, telah sampai pengkhabaran kepada raja akan kecantikan Sarah, yang mana raja ketika itu adalah antara orang-orang yang zalim dan sukakan wanita, maka diutusnya seorang utusan untuk membawa Sarah kepadanya. Apabila Ibrahim ditanyakan: ‘siapakah wanita ini?’ Ibrahim pun menjawap: ‘saudara wanitaku’.
(Ibrahim menggunakan teknik ma‘aridh iaitu kata-kata yang menyerupai
sesuatu secara zahirnya, tetapi yang dimaksudkan adalah sebaliknya.
Dalam hal ini beliau memaksudkan Sarah adalah saudara seagamanya)

Ketika Sarah masuk menghadap sang raja, dia cuba untuk memegang tangannya tetapi tangannya tertahan oleh satu kuasa, maka dia merayu kepada Sarah untuk mendoakannya supaya kuasa itu terlerai, maka didoakannya, kemudian sang raja mencuba sekali lagi untuk memegang tangan Sarah, perkara yang sama berlaku malah kuasa yang menghalang tangannya kali ini lebih kuat! Maka sedarlah sang raja bahwa Sarah ini dipelihara dan menyedari bahawa dia tidak mampu untuk menyentuh Sarah, maka dihadiahkannya salah seorang wanitanya kepada Sarah sebagai hamba, wanita itu adalah Hajar.

Manakala Ibrahim, sepanjang pemergian isterinya menghadap sang raja yang zalim itu, beliau menggantungkan segala pengharapannya kepada Allah, berdoa dan bersolat dan meminta pertolongan-Nya. Sesungguhnya Ibrahim redha akan apa yang Allah telah tetapkan apabila Allah memerintahkannya menghantar Sarah, dan wajiblah keatasnya untuk merasa tenang dengan ketetapan tuhannya berkuasa menentukan segalanya ke atas hambanya!
(Sumber rujukan: Al Qasasu Al Qurani, Solah Al Khalidi)

Maka pulanglah Ibrahim dan Sarah dari Mesir ke Palestin bersama Hajar. Sarah masih tidak mengandung dan tidak melahirkan anak, dan umur Ibrahim ketika itu sudah pun lanjut dan beliau masih tidak mempunyai anak. Sarah menyedari perkara ini dan dia merasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat memberikan suaminya zuriat kerana kemandulannya. Maka dia berfikir, mengapa tidak dia hadiahkan hambanya itu kepada suaminya untuk digauli Ibrahim moga-moga hamil lah Hajar dari Ibrahim?! Maka, diberikan Hajar kepada Ibrahim dan dengan izin Allah, hamil lah Hajar dan lahirlah seorang anak hasil pengorbanan yang agung ini, Ismail,
menyambung penyebaran risalah tauhid ini!

Sesungguhnya benar, pengorbanan seorang isteri yang solehah lagi bertaqwa ini adalah satu PEMBUKTIAN kepada keimanannya yang teguh di
dalam hati.


gambar hiasan



Selepas Ibrahim dan Hajar memperolehi Ismail di Palestin, Allah telah
memerintahkan Ibrahim untuk membawa anaknya yang masih menyusui
ibunya, Hajar ke bilad Hijjaz dan meletakkan mereka berdua di lembah yang tidak mempunyai tanaman itu. Suatu perintah yang dikehendaki
Allah. Ibrahim pun meletakkan mereka di sebuah pohon di atas zamzam
dan ditinggalkan sekantung tamar dan sebekas air kemudian beransur
pergi. Hajar pun mengejar Ibrahim sambil berkata:
‘Wahai Ibrahim, ke mana kau mahu pergi meninggalkan kami di lembah yang tidak ada
sesiapa, tidak ada apa-apa ini?’
Berkali-kali Hajar mengulang soalan ini, namun Ibrahim tidak menoleh pun
kearahnya. Akhirnya Hajar berkata: ‘Adakah ini perintah dari Allah?'
Ibrahim menjawap: ‘ya’.
Jawap Hajar: “Maka sesungguhnya Dia tidak akan mengabaikan kami” kemudian
berpatah balik.

Lihatlah bagaimana sifat ubudiyyah boleh mendorong seorang wanita yang mempunyai anak kecil untuk redha dan tenang menerima hakikat yang dia akan ditinggalkan di lembah itu HANYA dengan mendengar bahawa ia adalah perintah Allah!!

Redha serta merta! Tanpa banyak soal lagi!

Selepas sahaja Ibrahim beredar, beliau berhenti dan berdoa kepada Allah:
رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ
فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ
Maksudnya:
Ya Rabb kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Rabb kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.
Ibrahim: 37

bersambung......

sampai bila......

Bismillah...

setiap kali terlintas di fikiran untuk menulis tentang sesuatu, setiap kali tu aku akan cakap satu ayat ni pada diri sendiri..

setiap kali terdetik di hati ingin mencatatkan pengajaran untuk akal yang aku fahami dengan hati, setiap kali tu aku akan cakap ayat yang sama...

'nanti, tunggu dah cukup maklumat, baca-baca dulu...'

akhirnya, penulisan pun tak ada, catatan pun tak ada...

sampai bila....


fikir-fikir balik,
terlupa rupanya aku kat 18:109!!

memang takkan habis! memang terlampau banyak. jadi apa masalahnya untuk menulis..kan terlampau banyak benda yang boleh ditulis...

sampai bila.... dah takde lagi..

sampai sekarang!