Friday, April 3, 2009

untuk PM Malaysia yang ke 6

Bismillahi rahmani rahim

Harini rasmilah Datuk Seri Najib menjadi PM malaysia yang ke 6. perasaan apa yang dialami beliau tiada siapa yang tahu, adakah dia gembira, lega, puas hati, atau adakah dia gerun, menggigil ketika diangkat sebagai pemimpin negara.

Posting ini saya ingin kaitkan dengan subjek yang saya sedang pelajari semester ini, nizom hukum fi islam. saya bermatlamat mewujudkan blog ini untuk catatkan apa saja yang berkaitan dengan pelajaran saya.

Dalam asas-asas perlembagaan negara yang digariskan Islam, setelah seorang pemimpin itu dipilih berikutan beberapa kriteria pemimpin yang layak dipilih yang telah digariskan Islam, datanglah asas kedua iaitu proses bai'ah atau mubaya'ah. Proses ini melibatkan kedua-dua pihak, yakni si pemimpin berbai'ah bhw dia akan memerintah berlandaskan Al Quran dan As Sunah dan nasihat untuk muslimin. Manakala orang awam pula berbai'ah bhw mereka akan mentaati si pemerintah selagi dia tidak melampui batas Al Quran dan As Sunnah.

Seterusnya Islam menyebut bahawa pemerintah dan orang awam kedua-duanya terikat dengan segala ahkam syar'ieyah dari Al Kitab dan As Sunnah, dan memerintah dengan yang selain dari dua masdar itu Allah sifatkan sebagai al kaafiruun, az zoolimuun dalam surah Al Maidah ayat 44 dan 45.

Beberapa asas saja yang saya ingin sentuh, seterusnya mas'uliyyah atau ketanggungjawaban. Islam tidak memandang pemerintah itu sebagai satu kelebihan, ketinggian atau kemuliaan, bahkan pangkat ini adalah sebagai amanah, sebagaimana yang baginda 'alaihi solatu wa salam mensifatkanya sebgai amanah ketika berkata kepada Abu Dzaar Al Ghafari: يا ابا ذار, انها أمانة و انها يوم القيامة خزي و ندامة الا من أخذها بحقها و أعطى الذي عليه فيها
ia adalah amanah dan ia pada hari akhirat kelak adalah kehinaan dan penyesalan.
Kalau itulah yang disifatkan utusan Allah ini, pasti hati akan terasa gerunnya memegang amanah ini lantas takut kalau2 terkhianat, apatah lagi untuk menyalahgunakan kuasa atau menggunakan hak rakyat untuk kepentingan peribadi walaupun sesen! Kalau lah ada perasaan sebegitu, pasti hasrat untuk bercuti melancong dengan tajaan agensi kerajaan serta merta dibatalkan!

No comments:

Post a Comment